Thursday, 24 November 2016

I'm so sorry

Ada seorang perempuan ini 2 tahun dia menghilangkan diri. Puas aku cari dia tak jumpa-jumpa. Aku happy aku teringat dia. Aku sedih aku teringat dia. Kami pernah sama-sama share masalah. Aku dengar sekarang perempuan tu dah berpurdah dan sekarang sedang mencari redha ilahi. Alhamdulillah, tapi masalahnya aku masih tak jumpa dia.

Sampai satu masa aku tertarik untuk sekodeng wall seorang hamba Allah ini di facebook. Aku tengok semua gambar perempuan ini walaupun dia berpurdah. Mata itu. Mata itu, aku kenal sangat. Adakah seseorang yg ku rindui itu. Sebab takut salah org aku pun hntar laa chat kat dia.

"Siapa dirimu disebalik purdah itu? Kau seperti seseorang yg kurindui."

Tapi entah knapa dia balas chat aku dengan sepatah perkataan iaitu "terima kasih".

Hairan aku. Bila aku tanya nama penuh dia. Terus aku menangis sebab aku tak salah org. Tak sangka Allah dah makbul doa aku untuk berjumpa dia walaupun dilaman sosial. Aku tetap bersyukur. Dan sekarang terciptalah group hainis. Sorang takde tak lengkaplah hainis. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke jannatul firdaus.

Ini adalah status aku dekat facebook setahun yang lepas. Ya Allah, aku rindu sangat kat dorang.

Dulu selalu jugak share masalah bersama. H***, A***..  I'm miss you a lot.. Aku harap sangat persahabatan kita tidak terhenti disini.

One day aku rasa nak update status kat Facebook.

'Aku bahagia kawan-kawan aku bahagia. Tapi bila hati kau terluka carilah Allah. Salam ukhwah fillah."

Dorang tanya aku kenapa update status macam tu?

"Kalau ada buat salah , sory ah. "

Mana ada. Along dgn angah yg buat acu happy slalu. " 😃

By the way, masa tu aku rasa akan jadi apa-apa. Tidak buat group kami 3 orang je. Makin lama makin bertambah and buat aku rasa tak selesa. Tak lama lepas tu semua group bubar. Fade up  😤 kawan-kawan berpecah.

Tapi Alhamdulillah sekarang semua dah okay. Tapi antara kami bertiga ada yg jatuh. Aku tak bole tengok dia sedih. Hati aku sakit. Kalau bole aku nak kawan aku nie happy je. Tapi siapa aku nak menolak takdir.

Aku sangka bahagia itu akan terus bahagia rupanya sangkaan aku meleset. Beberapa bulan selepas itu masing-masing sambung belajar. Aku dan H***. H*** sambung belajar di selangor manakala aku masih stay kat kedah. Aku study kat sini jer. Bila kawan aku pegi sana. Aku dapat rasakan perubahan dia. Dia dah pandai dah keluar malam-malam dengan lelaki. Padahal dulu dia tak macam tu. Dia duduk sana culture shock.. Sedih aku tengok dia. Aku rindu dia yang dulu. Hari demi hari.. Aku semakin dilupai. Takpe, aku faham dia bakal nurse mesti laa busy. Satu jer aku harap. Persahabatan ini akan terus baik macam dulu....

The only one daisy,
Dea

Thursday, 3 November 2016

What's wrong with me?

4 November, 1:17 AM

Kau mampu. Kau kuat sebab itu Allah uji..

Assalamualaikum. Tak kala tangan ini sedang menari-nari diatas keyboard phone aku. Tangan aku masih memegang dada aku yang terasa sakit. Ya Allah, sesak nafas aku. Sejak akhir-akhir ini aku rasa tak sihat je. Selalu sangat nak pitam. Kenapa dengan aku nie. Tido pun tak lena. Ada benda buruk nak berlaku ke? Ya Allah, minta engkau jauhkan.

Walaupun tak bole tido. Kucing kesayangan aku nie laa peneman aku. "Yaya tido dengan mama kay." Alahai comel sangat kucing aku nie tido. Aku bole meroyan kalau kucing aku nie keluar rumah tak balik-balik. Kus semangat.

Haritu pun rasa lemah jaa badan nie. Aku jarang sangat nak rasa macam nie. Allahu, dugaan sungguh. Sabar jelah. Pi klinik doktor kata tekanan darah rendah. Seriously? Huish, macam tak percaya je. Ingatkan tak sihat sebab gastrik biasa je. Doktor sarankan jangan makan pedas langsung buat sementara. Huwaaaaa... dah laa aku nie suka makan pedas. Tomyam thai akuu.. Tidakkkkkk.

Dea nie buat drama pulak. Terima jelah kalau tak bole makan. Tu laa selalu sangat skip breakfast. Kan dah kena gastrik. Salah kau jugak Dea oittt.

Lepas je balik dari klinik. Abah aku nie tak henti-henti nak beleter. "Tak payah dah nak makan makanan thai kaa.. tomyam thai kaa.. Sakit susah. Nak ganti along masuk hospital ka?" Abah nie macam tau-tau je aku suka makanan thai.  Kayfine, takmau makan dah. Hurmm.. Tak merajuk kay.. Dea tak reti nak merajuk. Hahaha, belah kau Dea.

Padahal mak selalu kata aku nie anak mak yang paling kuat merajuk. Ya kaa? Mana ada kay. Mentang-mentanglah tak bole tido aku melalut macam-macam. Entah apa-apalah. Makkkk.. anak mak tak bole nak pejam mata. Why?

Dari tadi aku nie post gambar kat instagram.. pastu delete pulak. Post je delete. Jadi apapun aku taktau laa.. Masalah masalah. Confirm kalau aku tido sekarang nanti bangun balik. Ke aku bangun sebab Allah nak kejutkan aku solat tahhajut.

Ya Allah, takdan aku nak typing lebih lanjut. Tetiba je pintu bilik aku terbuka. Terus kejang urat badan aku. Tiba tiba....

"Meowww..."

Cis. Kucing aku rupanya. Tetiba je melompat atas katil. Dah laa kaler hitam. Sikit lagi je aku nak pengsan. Fuh.. kus semangat.

Huwaa.. aku tak larat sangat nie. Penat sangat padahal bukan buat kerja banyak pun. Okay, sleep Dea sleep. Guys, mornite. Zzzz 😪

p/s: Dea , kau tak bole tido maybe sebab kau banyak berangan kot. hahaha.. tido kay.. Zzzzz

Wednesday, 2 November 2016

Benci Tapi Cinta-Bab 3


IZNI berada di parkir kereta iaitu dimana tempat Datuk Khalid bekerja. Sungguh cantik syarikat itu dimatanya. Terpegun Izni melihatnya. Izni melangkah dengan laju ke perjabat Datuk Khalid. Dia mahu apa yang dirancang olehnya dan Sara tempoh hari berjalan dengan lancar. Mengenangkan Sara terus fikirannya teringat akan misi yang dicipta oleh mereka berdua.

“ Kau ni biar betul nak suruh aku pakai macam tu. Kau ingat aku ni model negara ke? Kalau model negara takpe la kalau pakai macam tu. Huh, tak nak la aku,”bentak Izni tanda tidak setuju.

“Alah, kau ni. Aku bukan suruh kau pakai hari-hari pun. Lagipun tu je cara yang aku ada,” jelas Sara pada Izni. Dia tidak bermaksud mahu mengaibkan Izni. Tapi itu semua untuk kepentingan Izni jugak.

“ Tapi untuk apa semua ni,” Tanya Izni seperti tidak berpuas hati. Walaupun Izni tidak bertudung tapi dia tidak rela memakai pakaian yang mendedahkan bentuk tubuhnya.

“Datuk Khalid mestilah nak cari bakal isteri yang baik-baik untuk anak dia. Tak kan la dia nak cari menantu macam dekat club kot. Itu pun tak boleh fikir ke?” marah Sara. Dia geram kerana Izni tidak dapat menangkap maksudnya itu.

“ Ooo, faham-faham. So, kau nak aku buat apa sekarang?”

“ Kau buatlah diri kau nampak buruk di mata Datuk. Buat seperti itu perangai sebenar kau. Bila dia tengok perangai kau macam tu. Tentulah dia tak nak anak dia kahwin dengan kau. Aku rasa bila dia tengok perangai dan cara permakaian kau. Mesti dia fikir kalau menantu pun hantu, anak apatah lagi. Hancuslah jawabnya,” jelas Sara dengan penuh bergaya. Dan sebab itu jugak Izni memilih Sara sebagai doctor penasihat kepada semua masalah yang dihadapinya.

“ Okay, sekarang aku faham. Tak sangka aku ada kawan sepintar kau. Patutlah Aidil sayang sangat kat kau,” luah Izni sambil memuji Sara.

Izni melangkah dengan laju ke perjabat Datuk Khalid. Dia sedar sepanjang dia lalu di laluan itu, banyak mata-mata nakal yang memandangnya. Izni tidak menyangka ternyata cara permakaiannya telah menarik minat lelaki yang berada disitu. Tapi itu bukan masalahnya, yang menjadi sasarannya sekarang ialah Datuk Khalid. Baru saja ingin memulas tombol pintu bilik itu perbuatannya sudah dihalang oleh seseorang. Mungkin itu secretary Datuk Khalid kot.

“ Maaf, cik dah buat appointment ke?”

“ Belum,” jawab Izni malas. Ish, masa macam ni la dia nak kacau. Aku bukan nak buat apa pun. Izni mengeluh. “ Eh, cik..”

“ Hana. Nama saya Hana.” Beritahu Hana tanpa Izni menghabiskan ayatnya yang tergantung tadi.

“ Okay, cik Hana. I rasa I tak perlu kot nak buat appointment semua tu. Lagipun Datuk tu bakal bapa mentua I dan I rasa dia tak akan marah kat I.” Beritahu Izni dengan penuh yakin sekali.

“ Tak kiralah siapapun cik ni tapi cik tetap kena buat appointment jugak melainkan Datin Rubiah dan Encik Kairi. Lagipun hari ni Datuk busy. Dan Datuk memang tak  akan jumpa dengan sesiapapun yang tak buat appointment.” Jelas Hana panjang lebar.

Ish, menyampah aku. Mentang-mentang la aku ni bukan siapa-siapa. Sesuka hati kau je nak sakitkan hati aku. “ Bila Datuk tak busy?”

“ Maybe tomorrow.” Jawab Hana sambil menyelak jadual Datuk Khalid.

“ Okay, I datang esok. This my card. You tolong kasi kat Datuk ye. Suruh dia call I. Thanks,” ucap Izni sambil melangkah keluar dari situ. Belum sempat Izni melangkah dia terdengar seperti ada orang sedang memanggilnya. Izni menoleh ke arah empunya suara yang memanggilnya tadi itu.

“Eh,cik. Saya lupa nak tanya nama cik. Nama cik siapa?” Tanya Hana dengan nafas tercungap-cungap kerana mengejar Izni tadi. Masa Izni meninggalkannya tadi baru dia teringat yang dia belum menanyakan nama Izni. Kalau Hana tidak tahu nama Izni macam mana dia nak mengatur pertemuan Izni dan Datuk Khalid.

“ You tak kenal ke siapa I.”

Hana mengeleng kepalanya sambil bibir berkata ‘tak’.

“ Kalau you nak tahu I lah Izni anak CEO company S.I.Z.I. Sdn. Bhd.” Ujar Izni dengan angkuh sekali. Sebelum Izni berlalu keluar sempat lagi dia mendengar bicara Hana.

“ Puih, kau ingat kau anak CEO ada aku kisah? Aku sikit pun tak heranlah. Dengan free hair kau tu. Naik berbulu mata aku tengok,” kutuk Hana belakang Izni. Sedangkan Izni sudah mendengar setiap butir bicaranya.

“ Apa you kata? Free hair? Walaupun I ni tak bertudung tapi you tak ada hak nak mengutuk I. Apa, you ingat perempuan yang bertudung tu mulia sangat. Sedangkan hati mereka siapa yang tahu. Hanya Allah saja yang tahu. Tak semestinya perempuan macam I tak boleh berubah dan tak semestinya perempuan yang bertudung tu akan kekal dengan tudung mereka. Kalau nak tegur biarlah kena dengan caranya bukan mengutuk!” tengking Izni sambil berlalu keluar.

“ Alamak! Apa aku buat ni. Kalau dia bagi tahu Datuk, mampus aku,”ternyata ayat terakhir Izni tadi memang kena pada batang hidungnya. Dia tidak sangka apa yang keluar dari mulutnya tadi akan didengari Izni. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dia mengaku apa yang yang dikatakan Izni tadi ada benarnya.

SEBELUM Izni berlalu keluar dari lif sempat lagi mulutnya membebel. “ Huh, kalau bukan disebabkan Sara dah lama mulut kau aku tampar. Sara ni pun satu. Ada ke patut suruh aku pakai seksi macam ni. Bukannya bebaloi pun, bala lagi adalah.”bebel Izni. Izni menyelup handphonenya didalam handbeg yang tergantung dibahunya kerana ingin membuat panggilan. Menyesal dia menolak pelawaan mamanya pagi tadi. Disebabkan ingin cepat dia tidak bersarapan. Didail number abangnya, bila orang ditalian sana bersuara baru dia bersuara.

“ Hello.”

“ Hello, abang. Abang busy tak tengahari ni?” tanya Izni selepas marahnya reda.

“ Waalaikumusalam. Hari ni abang tak busy. Kenapa?” sengaja Imran menjawab salam walaupun adiknya itu tidak memberi salam. Memang dari kecil lagi dia suka mengusik Izni.

“ Amboi, abang perli Baby ke? Mentang-mentanglah kita tak bagi salam. Suka suki je dia nak perli-perli kita.” marah Izni manja. Dari kecil lagi dia memang manja dengan abangnya. Tanpa abangnya hidup dia pasti bosan. Abang sulungnya itu memang suka bergurau senda dengannya sehingga dia pernah merajuk dengan abangnya satu ketika dahulu. Tapi dia suka kerana asal dia merajuk saja pasti ada hadiah yang akan abangnya berikan. Kebanyakan hadiah-hadiah yang abangnya berikan itu adalah untuk memujuk rajuknya.“ Baby nak ajak abang pergi lunch ni. Abang nak tak?” tanya Izni. Perutnya dari tadi asyik berbunyi saja seperti menyuruh dia mengisi perut.

“ Lunch? Baby nak lunch kat mana? Abang okay je.”

“ Okay, nanti Baby text abang tau. Assalamualaikum,”ujar Izni selepas talian diputuskan. Lepas sahaja panggilan tamat bahunya dilanggar seseorang. Tergolek Izni macam bangka busuk didepan lift. Ya Allah, malunya aku.

"Cik.. are you okay. I'm really so sorry", tanya permuda yang melanggar Izni tadi dengan nada cemas . Dia bertambah cemas apabila melihat Izni masih belum bangun dari lantai itu. Izni teragak-agak ingin memangku kepalanya. Izni bangun dari pembaringannya.

"I okay..", ujar Izni sambil melihat muka permuda itu. Hatinya berdegup kencang saat mata mereka bertentang. "You..!",ujar mereka serentak. Ish, apasal la aku boleh jumpa samdol nie, dengus hati kecilnya.

"Mira.. I tak sangka boleh jumpa you. I so happy", ujar Syazwan dengan teruja.

"Yo.. you... apa you buat kat sini? Macam mana you boleh ada kat sini?" ujar Izni gugup. Ya Allah, macam mana aku boleh jumpa dia kat sini. Kenapa bila aku dah boleh lupakan semua kisah hitam itu baru dia nak muncul. Dugaan apakah? "I.. I pergi dulu.." Izni segera beredar dari situ. Dia tidak menghiraukan Syazwan yang memanggil namanya berulang kali. Ahh, berambuslah kau dari otak aku.

p/s: Maaf atas kekurangan sis Dea kali ini. Insya-Allah, sis akan cuba perbaiki kelemahan yg ada.. 😂