Saturday, 3 September 2016

Ya Allah, Kuatkanlah kami

September ke-4,

Assalamualaikum buat insan yang membaca dan mengunjung ke Blog Dea yang serba kekurangan ini. Hidup ini kadang ada sedihnya, ada dukanya dan akan ada saat bahagianya. Aku percaya takdir yang Allah susun ini. Mungkin ada hikmah disetiap masalah yang melanda, kesedihan didada dan kesakitan yang dihadapi.

Flashback september pertama,
Abang aku sakit. Aku juga sakit. Satu nikmat yang Allah tarik dari kami iaitu nikmat sihat. Mak aku cakap " sabarlah, banyakkan berdoa pada Allah." Actually, kami just demam campak biasa je. Entah kenapa abang aku yang paling teruk kena demam campak. Tambah waktu besar pulak. Ya Allah, sedih tengok dia.

September kedua,
Hari nie along lain sangat. Dia pandang aku tapi diam seribu bahasa. Sampai aku pun pelik tengok dia. Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa?

"Along kenapa? Nak apa-apa ka?"

Dia tak menjawab soalan aku malah menutup pintu bilik kakak aku pelahan. Bila disuruh makan dia kata tak lalu sebab dalam mulut dia ada ulser. Perut dia kosong tanpa diisi dengan makanan.

Malam itu mak aku masak bubur. Tu je yang mampu kami telan. Mak suruh makan aku makan. Tiba giliran abang aku.

"Along, makan. Tak banyak sikit pun jadi laa."

Time tu dia diam je. Adik lelaki aku letak mangkuk yang berisi bubur sebelah abang aku. Tak terusik juga. Aku walaupun sakit masih boleh makan tapi dia? Makan pun tak lalu. Aku tengok muka mak aku sayu je. Sebelum itu, along ada cakap dia nak tidur kat ruang tamu ja.. kat bilik tak selesa. Malam tu yang mana sakit semua tidur kat ruang tamu. Bila semua siap-siap nak tidur dah. Tiba-tiba along menjerit dan gelupur.. Aku resah, aku takut.. aku jerit panggil mak aku.

"Makkkkkk.... along". sambil menjerit aku menangis.

Ya Allah, kau tabahkanlah abang aku. Mak dan kakak aku terus pegang abang aku.. dia kena tarik masa tu. mak suruh along istighfar.. adik-adik yang lain pun istighfar juga. Paling aku tak sangka abang aku punya demam campak tu tahap kritikal. Menangis kami tengok mulut dia keluar darah. Kemudian abang aku dibawa ke hospital. Gelisah aku call abah tak angkat. Sambil istighfar sambil call... Akhirnya semua ada kat hospital. Doktor kata along dah stabil. Kena tahan wad. Mak jaga along sebab along akan meracau menahan sakitnya. Abah suruh balik rumah dulu sebab malam tu mak yang akan jaga along. Balik rumah asyik menangis je. Kakak aku lah yang tenangkan adik-adiknya.

"Pergi solat. Minta doa kat Allah banyak-banyak supaya along cepat sembuh. Jangan berhenti berdoa."

September ketiga,
Pagi tu abah balik rumah. Abah diam je. Tiba-tiba abah cakap, "Along tak boleh bercakap. Virus dah sampai ke otak dia." Sedih gila hati ini bila abah aku cakap macam tu. Ya Allah, kau kurangkanlah kesakitan yang abang aku rasai. Abah kata banyakkan berdoa. Doa itu senjata mukmin. Dalam hati ni tak berhenti berdoa untuk along. Semoga along tabah.

Doktor ada tanya kenapa boleh jadi teruk macam nie. Sebenarnya Along bekerja di penang. Setiap hari ulang alik dari Penang sampai Sungai Petani, Kedah. Hari-hari kena hujan. Kadang sebab penat sangat dia tidur terus bila balik rumah dalam keadaan kena hujan. Tak mandi terus. Dia pun tak tahu yang dia kena demam campak. Tambahan pula, dia kena waktu besar.. memang teruk. Aku syorkan sesiapa yang kena hujan better balik rumah mandi terus. Sebab kita tak tahu benda nak jadi. Jangan sampai dia berangkai.

Aku ihktiar minta tolong kawan-kawan aku doakan abang aku. Doakan dia cepat sembuh. Terima kasih untuk kawan-kawan aku.

Abah aku cakap mak aku tak lalu makan. Kesian mak. Mesti mak sedih sangat. Abah dengan mak jaga along pun bergilir-gilir. Sebab dia akan sentiasa meronta. Aku cuba positifkan diri aku. Mungkin hari ini Allah tarik satu nikmat untuk digantikan dengan nikmat yang lebih besar. Ada hikmah kenapa semua ini terjadi. Astaghfirullah hal azim..

Ya Allah, kuatkan diriku Dan dirinya menghadapi ujian dari-MU. Jika dugaan INI membuatkan Kami dekat dengan-Mu. Maka kau tabahkanlah hati-hati Kami Dan permudahkanlah segala urusan Kami. amin 🍃

p/s: Doakan Abang Dea sembuh dan selamat ya kepada yang membaca dan mengunjung blog ini. aminn