Sunday, 13 August 2017

Kenapa dengan Aku?

Ahad, 13 Ogos 2017
6:06 PM

Aku bukan bidadari

Tak kala jemariku menari diatas keyboard phoneku..

Sakit! Sakit yang tak mampu aku luahkan dengan kata kata. Seorang hamba pernah berkata kepadaku.

"Tak perlu beritahu yang kau sakit untuk meraih simpati orang."

Jujur bukan niat Dea nak raih simpati orang. Sungguh Dea rasa malu bila hidup dalam simpati orang. Sakit entah kenapa belum surut malah bertambah sakit. Takpe Dea, Allah nak uji kau. Senyum balik.

Jumaat, 5 February 2016
tengah malam

Aku terjaga dari tidur. Entah kenapa dada aku terasa sesak. Aku cuba untuk bertenang. Nafasku tersekat sekat. Ya Allah, kenapa nie. Seksa sebenarnya nak sambung tidur dengan nafas pun tercungap cungap tapi aku cuba juga. Keesokkan paginya aku terjaga lebih awal. Dalam lebih kurang pukul 4 pagi. Disebabkan tak bole tidur juga. Aku pun duduk di tepi tangga rumah. Dah lama tak sakit. Tetiba dia datang balik. Satu hari tu makcik aku tegur muka aku pucat. Macam orang sakit. Tapi aku diam. Then, pakcik aku pulak tegur. Ketara sangat ke muka aku nie sampai orang bole cakap mcm tu.

Petang Sabtu pakcik dan makcik aku bersama pekerja dia bawa aku pergi hospital. Nak pergi klinik pun hampir semua klinik tutup. Maklumlah cuti raya cina. Sis redha je. hahaha

Akhirnya pergi Hospital Taiping. Ya Allah, ramai gila waktu tu patient dia. Paling aku tak sangka. Tetiba pakcik aku menjerit " nurse! doktor! Tolong anak buah saya dah nazak nie!" malu Allah saja yang tahu. Takpe aku lebih mendahulukan orang yang lebih memerlukan. Aku bole tahan lagi. Sampai je giliran aku. Doktor tu sampai tak bole nak baca tekanan darah aku. Dia suruh aku masuk satu bilik nie. Aku takut dapat doktor lelaki.

Tiba-tiba seorang doktor perempuan masuk. "Awak ke yang sakit tu?" dia tanya tapi aku diam je. kemudian aku mengangguk. Yang paling seram tetiba dia cakap "Buka baju awak!"

Jantung aku masa tu macam nak pecah je. "Err, mcm mana saya nak buka. Saya pakai jubah, doktor?"

"Okay, kalau macam tu lagi senang. Buka semua terus. Termasuk jam tangan dan lain lain tu." ujar dia sambil gelak. Eh, memain pulak doktor nie. "Nanti akan ada doktor lain check awak."

"Lelaki?"tanya aku.

"Perempuan. Kalau lelaki pun apa salahnya." gelak doktor perempuan tu. Last dia makan penampar bila agaknya ehh. Nasib baik aku tak sihat masa tu. Aku tengok doktor tu tempek wayar kat badan aku. Dia nak aku jadi transformer ke apa nie. haha. Doktor tu siap pesan lagi. Kalau balik Kedah tolong buat madical checkup kat sana. Yelah aku kan stay kedah. Balik Perak sebab kampung tok aku je. Tengok sampai sekarang aku tak pi checkup. Bagus kau Dea. Sakit mula laa.. aku ingat sakit biasa biasa je. tak sangka sekarang pun masih terasa.

Guys doakan Dea baik baik saja ye.

The only one daisy
Dea

Sunday, 14 May 2017

Stress

15/05/2017
1:10 Pm

The only one daisy...

Hari nie Dea rasa stress sangat. Serabut semacam nie. 2 days Dea tak pegi sekolah. Opss, jangan ingat Dea budak arus perdana ehh. Dea sambung praU. Dah 19 tahun dah pun. Dah dua hari dah jadi 19 tahun. Happy old days Dea.. wakakaka.. Dua hari Dea tak buka whatsapp and tak reply chat kawan. Geng, I'm so sorry. Dea tak sengaja tapi Dea perlukan ruang dan waktu. Waktu untuk bersendirian. I off my phone sebab tak nak orang call. Dea tak kuat. Sungguh saat nie Dea terlalu rapuh. Dea rasa down sangat. Dea nak je berterus terang tapi bibir ini seakan terkunci. Dulu Dea cakap aku tak perlukan kawan untuk ceritakan semua masalah aku. Allah kan ada. Tapi Dea lupa.. Allah juga hantar pertolongan melalui hambanya.

Actually, Dea rasa geram dengan diri Dea. Kenapa ramai cakap Dea berubah. Dea tak tahu apa yang berubah. Tapi jujur Dea cakap Dea taknak semua ini berlaku. Dea rindukan suasana yang dulu. Hmmm tapi apakan daya. Semua tu dah jadi sejarah. Bestfriend Dea selalu cakap. Dia rindu Dea. Bila Dea tanya "Kenapa kau cakap mcm tu?" Dia cakap "Kau sekarang dah berubah. Banyak bersendirian. Banyak diam and selalu sepikan diri. Aku rindu kau yang dulu." Sebak Dea dengar dia cakap mcm tu. Sorry kawan. Bukan niat Dea nak buat mcm tu. Dea tak tahu mcm mana nak kembalikan balik semangat Dea yang dulu tu. But I try.

Kawan-kawan, maafkan Dea sebab menghilangkan diri. Dea perlu masa. Dea nak cari diri Dea yang dulu. Tapi andai kata raya nie Dea balik perak. Dea tak nak stay kedah dah. Doakan hati Dea lembut untuk stay kat kedah nie. Mak Dea cakap Dea cuba melarikan diri dari hadapi semua benda ini. Hmmm.. ya Allah Dea. Kerasnya hati kau. Mana kau yang dulu.. ahhhhhh.. stress mohon berambussss..